7 Jun 2024 - Program Taklimat Kesedaran Pengguna Internet telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA dengan kehadiran peserta kira-kira 100 orang daripada kakitangan MDA di bawah Program Pembudayaan ICT MDA-Keselamatan Siber. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Ridzwan Ahmad Mohd Fathil, Executive, Outreach daripada CyberSecurity Malaysia.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada kakitangan MDA akan kepentingan menggunakan kemudahan aplikasi internet agar tidak menyumbang kepada risiko serangan siber terutamanya ketika melaksanakan tugas-tugas rasmi di MDA. Aspek ini penting agar kakitangan MDA sentiasa cakna dan mengikut perubahan teknologi terkini terutamanya berkaitan dengan keselamatan siber.

Selain itu, objektif taklimat ini ialah untuk mendidik kakitangan sentiasa mendisiplinkan diri dan menjadi  pengguna Internet yang bertanggungjawab mengikut polisi Dasar Keselamatan ICT(DKICT), KKM yang telah di tetapkan . Antara intipati taklimat yang ditekankan adalah ancaman Phishing, Virus & Ramsomware, Scammer, Artificial Intelligent (AI Deepfake) dan kemaskini katalaluan mengikut tahap keselamatan yang tinggi.