CYBERJAYA, 21 Mei 2024 (Selasa) - MDA telah menerima kunjungan daripada syarikat Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics, P.R. China. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Awam Antarabangsa, En. Jason WANG telah bersama dua orang pegawai iaitu Puan Mia ZHANG, Pengurus Hal Ehwal Awam Antarabangsa, dan Puan Rosyahirah Roseli, Pengurus Hubungan Regulatori, Mindray, Malaysia.

 

 

Perbincangan antara MDA dan Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics telah dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA dan dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai dari Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), MDA. Objektif perbincangan ini adalah untuk berkongsi berkenaan pembangunan dan inisiatif oleh Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics di Malaysia dan bagi mendapatkan maklumat terkini keperluan regulatori peranti perubatan yang dikuatkuasakan di Malaysia. Melalui pertemuan ini, kedua – dua pihak telah bertukar pandangan dalam memajukan industri peranti perubatan di kedua-dua negara.

Perbincangan seperti ini adalah selaras dengan peranan MDA untuk menggalakkan pembangunan industri peranti perubatan.