Bertempat di Pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan pada 14-15 Februari 2024, telah berlangsungnya Bengkel Kompetensi Biomedical Technical Personnel (BTP). Bengkel yang merupakan kesinambungan bengkel yang pertama kali diadakan pada November 2023 ini membincangkan secara terperinci syarat syarat kelayakan Program ‘Grandfathering’ bagi pendaftaran juruteknik Biomedikal. Keperluan bagi program ini adalah penting bagi membolehkan pekerja yang sedia ada dalam industri biomedikal memperolehi kompetensi selaras dengan keperluan Seksyen 43. Bengkel ini telah disertai oleh beberapa wakil institusi yang berkaitan seperti Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Syarikat Konsesi yang terdiri daripada Radicare (M) Sdn Bhd, Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan Medivest Sdn Bhd, Pusat Pengajian Tinggi yang terdiri daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang Johor serta Biomedical Engineering Association Malaysia (BEAM), Institution of Engineers, Malaysia (IEM) dan Malaysia Board of Technologist (MBOT).

Program ini diharapkan dapat memberi impak positif pada masa hadapan ke atas pengguna peranti perubatan dari segi meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap prestasi dan keselamatan peranti perubatan yang telah diselia dan diselenggara oleh individu yang diiktiraf kompetensinya.