International and Industry Affairs Division
BAHAGIAN ANTARABANGSA & HUBUNGAN INDUSTRI
1. Fungsi Cawangan Antarabangsa
- Membina dan memperkuatkan hubungan antarabangsa dalam bidang peranti perubatan.
- Menyelaraskan aktiviti dengan organisasi antarabangsa seperti WHO, WTO, dan ISO.
- Memberi khidmat nasihat kepada pihak antarabangsa berkaitan industri peranti perubatan.
2. Fungsi Cawangan Bantuan Industri
- Menguruskan notifikasi Pengecualian bagi peranti perubatan.
- Menyediakan bantuan dan nasihat kepada industri dalam proses pengurusan peranti perubatan.
- Mengendalikan aktiviti bantuan industri seperti mesyuarat dan dialog bersama industri.
Policy & Strategic Planning Division
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MDA memainkan peranan penting dalam merangka dan menyelaraskan dasar-dasar serta strategi-strategi yang berkaitan dengan pengawalseliaan peranti perubatan di Malaysia. Fungsi-fungsi bahagian ini termasuk:
- Unit Kajian & Penilaian Teknologi
- Melakukan kajian regulatori dan penilaian teknologi untuk meningkatkan pengawalan peranti perubatan.
- Unit Dokumen Panduan
- Merancang, menyelaraskan, dan menerbitkan dokumen panduan untuk memastikan pemahaman dan kepatuhan terhadap peraturan.
- Unit Dasar & Regulatori
- Merancang dan menyelaraskan pindaan dasar serta strategi pelaksanaan peraturan dalam Akta 737.
- Unit Penyelarasan Perancangan Strategik
- Memantau pencapaian perancangan strategik MDA serta merancang dan menjalankan persijilan.
- Unit Usage & Kemudahan Penjagaan Kesihatan
- Merangka program kompetensi, menjalankan pemeriksaan ke atas kemudahan kesihatan, dan menguruskan permit peranti perubatan.
- Unit Inter-Agensi & Kolaborasi
- Menguruskan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar Kementerian serta menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan.
Post Market & Enforcement Division
BAHAGIAN PASCA PASARAN & PENGUATKUASAAN
1. Fungsi Cawangan Vigilan dan Pemantauan
- Menilai dan mengesahkan aduan berkaitan keselamata dan prestasi peranti perubatan yang diterima daripada pengguna dan orang awam
- Menjalankan siasatan terhadap aduan, pelaporan insiden yang berkaitan dengan isu keselamatan dan prestasi peranti perubatan.
- Menilai Pelaporan Masalah Mandatori (MPR) dan meluluskan penutupan (closure) laporan MPR.
- Menilai notifikasi Tindakan Pembetulan atau Pencegahan di Lapangan (FCA) dan meluluskan penutupan (closure) laporan FCA.
- Menilai notifikasi Panggilan Balik (Recall) dan meluluskan meluluskan penutupan (closure) laporan Panggilan Balik.
- Menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan kepatuhan terhadap keperluan perundangan dan standard berkaitan pemantauan dan pengawasan pascapasaran oleh establismen.
- Menjalankan pengujian peranti perubatan dalam pasaran untuk mengesahkan keselamatan dan prestasi peranti perubatan
- Menyelaras sebaran maklumat secara berkala berkaitan keselamatan dan prestasi peranti perubatan di peringkat pascapasaran serta tindakan pembetulan dan pencegahan di lapangan
- Pemantauan terhadap establismen untuk memastikan establismen mematuhi keperluan Akta 737 dan Peraturan dibawahnya secara berterusan
- Pemantauan pasaran untuk memastikan hanya peranti perubatan berdaftar diletakkan dalam pasaran
- Pemantuan penjualan secara dalam talian untuk memastikan hanya peranti perubatan berdaftar dijual secara dalam talian
- Pemantauan iklan untuk memastikan hanya iklan peranti perubatan yang diluluskan di siarkan
- Kawalan pintu masuk dengan kerjasama agensi penguatkuasa di pintu masuk untuk memastikan hanya pengimport berlesen mengimport peranti perubatan berdaftar ke Malaysia
2. Fungsi Cawangan Risikan & Siasatan
- Mengesahkan aduan pelanggaran undang-undang di bawah Akta 737.
- Melakukan risikan dan profiling untuk mengumpul bukti pelanggaran undang-undang.
- Melaksanakan serbuan dan geledah untuk kes pelanggaran undang-undang.
- Melakukan siasatan dan pengumpulan maklumat bagi kes pelanggaran undang-undang.
- Melaksanakan analisis forensik terhadap barang rampasan termasuk maklumat digital.
- Melakukan pemeriksaan ke atas individu yang terlibat dalam kes pelanggaran undang-undang.
- Melaksanakan pendakwaan termasuk penyediaan kertas pertuduhan dan pengurusan dokumen mahkamah.
- Menguruskan ekshibit bagi memastikan integriti bukti terjaga.
- Melakukan kawalan pintu masuk.
Legal Unit
UNIT UNDANG-UNDANG
- Memberi khidmat nasihat perundangan kepada MDA dan pihak lain
- Menyemak dokumen perundangan dan menasihati isu kontrak
- Memantau proses tindakan undang-undang yang melibatkan MDA
- Membantu proses pendakwaan kes ketidakpatuhan statutori