MDA ingin memaklumkan bahawa berdasarkan takrifan di bawah seksyen 2 Akta 737, hanya disinfectant (pembasmi kuman) yang digunakan untuk menmbasmi kuman pada peranti perubatan sahaja yang dikategorikan sebagai peranti perubatan.

Produk-produk pembasmi kuman lain termasuk disinfectant body spray tidak dikategorikan sebagai peranti perubatan dan oleh itu, ia tidak tertakluk di bawah kawalan Akta 737 yang dikuatkuasakan oleh MDA.

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
29 Mac 2022