Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN MyGovUC 2.0

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Perhatian Kepada:  Pentadbir UC dan Pengguna MyGovUC 2.0
Tarikh / Masa  Tarikh : 3 November 2021 (Rabu) / 9.21 pagi
Kerja-kerja/Tujuan/Sebab:  

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan MyGovUC 2.0 di mana semua pengguna MyGovUC gagal untuk akses ke e-mel MyGovUC 2.0 melalui SSO. Walau bagaimanapun pengguna boleh akses perkhidmatan menggunakan direct link IceWarp.

Tindakan pemulihan sedang giat dilaksanakan oleh pihak MyGovUC 2.0.

Kesan kepada Pengguna yang terlibat:  

Sepanjang tempoh baik pulih ini, perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan mengalami gangguan. Segala kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan dalam hal ini amat dikesali.

Pihak kami akan memberi makluman terkini berhubung tindakan penyelesaian dari semasa ke semasa.

Tindakan yang perlu diambil oleh Pengguna Agensi:

Semua pengguna adalah diminta menghubungi pihak meja bantuan untuk tindakan lanjut.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi: Meja Bantuan MyGovUC 2.0

Tel: 03-8320 0660
E-mel:[email protected].

 

Segala kerjasama dan perhatian Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT,
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri