mda logo4 1

 

KENYATAAN MEDIA

PERLUASAN PENJUALAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

 

 

Mengambil kira kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) pada Mesyuarat Khas Anggota bertarikh 14 Julai 2021 telah memberi Kelulusan Bersyarat (Conditional Approval) dan telah memuktamadkan syarat-syarat pengimportan dan pengedaran kit ujian kendiri Covid-19 ini. Antara ketetapan yang dibuat adalah kit ujian kendiri Covid-19 hanya boleh dijual di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan sahaja.


Bagi meningkatkan akses kit ujian kendiri ini kepada orang ramai, MDA dalam mesyuaratnya pada 13 Oktober 2021 telah bersetuju untuk kit ujian kendiri Covid-19 yang memperolehi Kelulusan Bersyarat dari MDA untuk turut dijual di premis-premis lain yang memenuhi syarat-syarat dan keperluan berkaitan kesesuaian premis, rekod penjualan serta penyampaian maklumat penggunaan, pelupusan dan pelaporan seperti yang ditetapkan oleh MDA.


Kawalan bagi perluasan penjualan kit ujian kendiri ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pelaksanaannya akan dijalankan setelah mekanisma kawalan dimuktamadkan bersama KPDNHEP.

 

Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
14 Oktober 2021