Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ingin memaklumkan bahawa Perintah Peranti Perubatan (Pengecualian) 2024 telah diwartakan dan telah berkuatkuasa bermula 5 Mac 2024.

Perintah ini digubal dengan meminda beberapa peruntukan Perintah Peranti Perubatan (Pengecualian) 2016 yang telah diwartakan. Sehubungan dengan itu, pewartaan Perintah Peranti Perubatan (Pengecualian) 2024 ini membatalkan Perintah Peranti Perubatan (Pengecualian) 2016 [P.U. (A) 103/2016].

Pelaksanaan perintah ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 77 Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737].

Mana-mana pihak boleh memuat turun peraturan ini di portal MDA sebagai rujukan dan panduan.