16 Februari 2024 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ingin memaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan (Pengkompaunan Kesalahan) 2024 telah diwartakan dan telah berkuatkuasa bermula 30 Januari 2024.

MDA juga ingin memaklumkan bahawa mana-mana establismen atau mana-mana orang hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada yang sedang berkuatkuasa.

Pelaksanaan peraturan ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 71 dan 79 Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737].

Mana-mana pihak boleh memuat turun peraturan ini di pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

PAUTAN PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024

Sekian, terima kasih.