• Home
  • News
  • KUNJUNGAN HORMAT PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)

KUNJUNGAN HORMAT PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)

15 Mac 2023 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA bersama pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai MDA.

Perbincangan yang diadakan bersama YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI telah berlangsung selama kira-kira sejam dengan beberapa topik perbincangan yang dapat diketengahkan antaranya ialah Promosi Perdagangan dan Bantuan Industri Kepada Syarikat Tempatan. Selain itu, isu tentang Pengklasifikasian Sektor Peranti Perubatan Daripada Sektor Lifestyle Kepada Sektor Peranti Perubatan juga turut dibahaskan.

Antara isu lain yang dibincangkan ialah tentang Pengharmonian Dalam Kalangan Negara-Negara ASEAN serta isu berkaitan dengan Industri Huluan dan Hiliran (Upstream and Downstream). Sesi tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak MDA sebagai tanda penghargaan kepada pihak MITI.

Semoga dengan kunjungan hormat ini akan membantu banyak pihak khususnya industri peranti perubatan untuk lebih maju dan berdaya saing secara positif.

Penulis: Herman Sah Bin Ab Hassan

IMG 4836

IMG 4792IMG 4793IMG 4804

IMG 4811IMG 4812IMG 4814

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 8081 Yesterday 7082 Week 15163 Month 36793 Visitor Counter: 119869857

  • Last Updated: 04 December 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768