PBPP ingin memaklumkan bahawa Surat Pekeliling PBPP Bil 1/2014 bagi Establismen yang Menjalankan Peranan Sebagai Wakil Yang Diberi Kuasa (AR) dan Establismen Yang Menjalankan Pelbagai Aktiviti telah dibatalkan berkuatkuasa 17 Jun 2021.

Pelaksanaan untuk membenarkan pendaftaran sesuatu peranti perubatan oleh pelbagai wakil diberi kuasa (Multiple AR) telah berkuatkuasa pada 17 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan hanya satu lesen bagi setiap peranan (role)/aktiviti sebagaimana yang turut dinyatakan di dalam Surat Pekeliling tersebut ditangguhkan dahulu buat masa ini dan akan dilaksanakan pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

 

Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

30 Julai 2021