Untuk makluman, COVID-19 test kit brand Wondfo ini telah dikecualikan daripada pendaftaran melalui Special Access bagi menangani wabak COVID-19 yang semakin menular di negara kita.

Walau bagaimanapun, peranti ini adalah untuk kegunaan profesional (professional use) iaitu kakitangan di makmal-makmal kesihatan dan hospital dan bukan kegunaan orang awam (home use) sebagaimana yang dinyatakan di dalam arahan penggunaan (instruction for use).

Tambahan lagi, Pihak Berkuasa melarang mana-mana peranti perubatan yang telah mendapat pengecualian melalui special access diiklankan dan dijual secara umum. Pejualan dan pengiklanan secara umum peranti yang dikecualikan ini adalah pelanggaran kepada Seksyen 5(1) dan 44(1) yang boleh menyebabkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM200,000 bagi kesalahan menjual dan RM300,000 bagi kesalahan mengiklan atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

ad7d4a46 2ba7 4a83 b9c8 06d9b658f4ee                            a455c822 dc9f 46e3 8324 e85ad3e6e847   

 

 

2dcc8c95 16fc 4450 9106 7b007c7c8f30                        7662732c fe0c 4338 a37c 7088e2e5502a