18 JUN 2025 – Satu sesi perbincangan antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan Invest Selangor Berhad (ISB) telah diadakan di Pejabat MDA, Cyberjaya. Sesi tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DASAR) iaitu Puan Nashirah Naiimi, Puan Maryam Nazeera Suhaimi, Encik Sayyid Hasanul Husain dan Cik Nurfasyha Izlyna Shamsul Bahri. Manakala pihak ISB diwakili oleh Encik Aaron Abdullah, Puan Sabrina Shafie dan Puan Faraheen Fazin.

Perbincangan telah adakan dengan meneliti penambahbaikan dan pembaharuan yang dapat dilakukan ke atas skop jalinan kerjasama di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDA dan ISB. Fokus dalam perbincangan ini menjurus kepada inisiatif yang boleh dijalankan bagi memenuhi keperluan industri peranti perubatan dengan tumpuan diberikan kepada pemain industri dalam negeri Selangor.

Kerjasama yang diteruskan ini dijangka dapat memperkukuhkan dan memberikan manfaat kepada industri peranti perubatan di Malaysia, khususnya di Selangor dan diharapkan dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain di serata negara.  

 

b4

 

 

 

b3

 

 

 

b2

 

 

 

b1

 

 

 

 

Disediakan oleh: Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian DASAR

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh Muatnaik : 19 Jun 2025