CYBERJAYA, 7 Ogos 2024 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar- pelajar dan pensyarah Program Teknologi Industri Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar USIM tentang peranan dan fungsi MDA, penerangan tentang Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan perkembangan semasa industri peranti perubatan di Malaysia.

YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA turut hadir untuk memberikan ucapan alu-aluan kepada pihak USIM dan diikuti dengan taklimat daripada Pn. Wan Husniati binti Wan Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberikan perkongsian ilmu yang banyak dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan pensyarah USIM.

Semoga dengan lawatan daripada pihak USIM dapat membantu generasi muda pada hari ini untuk mengenal dan mengetahui adanya kawalan regulatori industri peranti perubatan di Malaysia.