Kursus Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MS ISO 9001:2015 dan MS ISO 37001:2016
CYBERJAYA, 26 JUN 2025 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) melalui Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah mengadakan Kursus Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MS ISO 9001:2015 dan MS ISO 37001:2016 bertempat di Bilik Seminar Aras G, MDA. Kursus ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Jun 2025. Kursus ini juga telah dihadiri seramai 31 orang peserta yang merupakan pegawai-pegawai dari pelbagai gred dan skim perkhidmatan di MDA.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Suhaini binti Hj. Hassan daripada Mercu Inovasi Training Consulting yang juga merupakan juruaudit yang mempunyai pengalaman yang luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 dan dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016.
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal juruaudit dan sebagai kursus lanjutan kepada juruaudit dalaman sedia ada supaya dapat mengendalikan penilaian dan pengukuran keberkesanan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB).
Diharap dengan melalui kursus ini, peserta dapat memahami proses-proses di dalam audit seterusnya melaksanakan audit dalam dengan jayanya.
Disediakan oleh : Cawangan Perancangan Strategik
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh Muatnaik : 4 Julai 2025