• Home
  • News
  • MESYUARAT MBJ MAJIKAN PBPP KALI KE-2

MESYUARAT MBJ MAJIKAN PBPP KALI KE-2

24 Ogos 2021 – Satu mesyuarat MBJ Majikan PBPP telah berlangsung buat kali yang ke-2 di pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Cyberjaya yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali.

Secara umumnya, terdapat 22 perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut, dan 17 daripadanya telah dipersetujui oleh majikan. Dalam pada itu 2 perkara masih dalam proses tindakan dan akan diangkat ke peringkat lebih tinggi untuk kelulusan, dan 3 perkara lagi masih dalam kajian dan penelitian.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sentiasa berusaha untuk memberikan perhatian yang sebaiknya dalam usaha untuk mewujudkan keharmonian dan memahami kehendak para pekerja. Dikesempatan ini, PBPP ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan oleh pekerja MDA sepanjang perkhidmatan. Semoga perkhidmatan yang diberikan bertambah sukses dan konsisten di masa akan datang.

WhatsApp Image 2021 08 24 at 16.46.18 5WhatsApp Image 2021 08 24 at 16.46.18 2WhatsApp Image 2021 08 24 at 16.46.18 4

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 1992 Yesterday 4584 Week 33536 Month 143416 Visitor Counter: 118797259

  • Last Updated: 22 September 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768