PINDAAN TERKINI SYARAT-SYARAT LESEN

Selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 20 Akta 737, adalah dimaklumkan bahawa MDA telah membuat pindaan terhadap syarat-syarat lesen establismen yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 Akta yang sama. Pindaan yang dimaksudkan adalah ke atas perkara 1.8 yang dipinda seperti berikut:
 
"1.8 Pemegang lesen perlu membuat permohonan pembaharuan lesen tidak lewat daripada tarikh 90 hari sebelum tamat tempoh lesen."
 
Syarat-syarat lesen lengkap boleh dirujuk melalui pautan berikut: Syarat-syarat Lesen
 
Dengan pindaan syarat lesen ini pemegang lesen dikehendaki membuat permohonan pembaharuan lesen selewat-lewatnya 90 hari sebelum tamat tempoh lesen dan permohonan yang dibuat melebihi dari tarikh tamat tempoh lesen tidak akan diterima dan ia dikehendaki membuat permohonan lesen yang baru.
 
MDA juga ingin memaklumkan bahawa bagi kes-kes permohonan pembaharuan lesen yang lewat, iaitu yang dibuat melebihi tempoh 90 hari yang ditetapkan, fi yang telah dibayar untuk tujuan pembaharuan lesen tersebut tidak akan dikembalikan.
 
Adalah diingatkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19(1) Akta 737, establismen dikehendaki mematuhi semua syarat lesen yang ditetapkan, manakala seksyen 19(2) menyatakan bahawa mana-mana pemegang lesen yang disabitkan keslahan melanggar seksyen 19(1) boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
 
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Cyberjaya
13 Dis 2022

Terima Kasih.

Dikemaskini: 16/12/2022

Cetak

  Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 2576 Yesterday 7052 Week 9629 Month 154665 Jumlah Pengunjung: 118808508

  • Kemaskini Terakhir: 25 September 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768