PEMERIKSAAN PENGAWASAN PASARAN

23 Februari 2023 – Pemeriksaan Pengawasan Pasaran telah diadakan di sekitar Sepang, Selangor. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memantau kepatuhan peranti perubatan yang berada dalam pasaran disamping memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan.

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Covid-19, Alat Pengukur Tekanan Darah, Glukometer, Kondom, Peti Pertolongan Cemas, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pelitup Muka, Termometer, dan lain-lain. Sebanyak 8 premis telah diperiksa dan 4 daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Akta 737. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Kamal Hanafi Bin Mohd Nazir

43

21

  Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 1171 Yesterday 5332 Week 29388 Month 49074 Jumlah Pengunjung: 117348921

  • Kemaskini Terakhir: 09 Jun 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768